Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah
(Seperti Lampiran Edaran)
Ketua Jabatan / Dekan (Kejuruteraan)
Institusi Pengajian Tinggi
(Seperti Lampiran Edaran)
Tuan,
Ceramah ”Future Engineers Engagemant Session – FEES” sempena Minggu Kejuruteraan 2019 & Sidang Kemuncak Jurutera Belia Kebangsaan, Institusi Jurutera Malaysia (Pulau Pinang)
Future Engineers Engangement Session-FEES Talks inconjunction with Engineering Week 2019 & IEM Young Engineers National Summit (NATSUM) – The Institution of Engineers, Malaysia (Penang Branch)
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, kami Institusi Jurutera Malaysia (Pulau Pinang) (The Institution of Engineers, Malaysia – Penang Branch [IEM]) akan mengadakan Ceramah ”Future Engineers Engagement Session” sempena Minggu Kejuruteraan 2019 dan Sidang Kemuncak Jurutera Belia Kebangsaan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 5 Julai 2019 (Jumaat)
Tempat : Auditorium, KOMTAR, Pulau Pinang
Masa : 10:30 pagi – 4:00 petang
Sasaran : Pelajar Sekolah Menengah
: Pelajar Kejuruteraan dalam Institusi Pengajian Tinggi
Yuran : Percuma (dihadkan dalam 100 orang)
(Termasuk Makanan, Minuman, Sijil Penyertaan)
- Ceramah ini adalah untuk menarik minat pelajar sekolah dan orang awam kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar serta orang awam tentang peranan dan penyumbangan jurutera kepada pembangunan negara. Di samping itu, para pelajar juga boleh mengenali bidang-bidang kejuruteraan yang terdapat di Malaysia serta berinteraksi sesama pelajar serta jurutera profesional yang turut menghadiri program tersebut.
- ‘Future Engineers Engagement Session – FEES’ terbuka kepada pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5, pra-universiti, kolej dan universiti. Peserta ceramah juga berpeluang melawat ke Pusat Kawalan CCTV MBPP.
- Pihak Tuan boleh menghubungi pihak jawatankuasa kami untuk sebarang pertanyaan.
En. Loh Kwan Jou 019-435 4953 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
En. Wong Kok Nian 016-404 9965 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
En. Ooi Zi Xun 017-471 9058 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Pendaftaran sila membuat melalui laman sesawang: https://natsum2019.iempenang.org/registrations/fees-reg.
Juga dilampirakan surat tiada halagan daripada JPN untuk rujukan tuan.
- Pertimbangan dan kelulusan awal daripada pihak Tuan amat dihargai. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian yang diberikan.
Lampiran – Ceramah “Future Engineers Engagement Session – FEES” Dan Perasmian NATSUM
Tarikh : 5 Julai 2019 (Jumaat)
Tempat : Auditorium, Tingkat 5, KOMTAR, Pulau Pinang
Masa : 10:30 pagi – 4:00 petang (Pendaftaran mula jam 10 pagi)
Sasaran : Pelajar Sekolah Menengah
: Pelajar Kejuruteraan dalam Institusi Pengajian Tinggi
Yuran : Percuma (dihadkan dalam 100 orang)
(Termasuk Makanan, Minuman, Sijil Penyertaan)
Pautan Pendaftaran Atas Talian: https://natsum2019.iempenang.org/registrations/fees-reg
TENTATIF AKTIVITI : Future Engineers Engagement Session
|
Masa |
Program |
|
10:00am |
Ketibaan & Pendaftaran Peserta |
|
11:00am |
Perasmian IEM Young Engineers National Summit 2019 |
|
11:30am |
Ceramah Keynote |
|
12:30pm |
Rehat, Makan Tengah Hari, Solat Jumaat |
|
1:30pm |
Lawatan ke Pusat Kawalan CCTV Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) (Kumpulan Pertama – Peserta Non Muslim) |
|
2:00pm |
Peserta berkumpul balik ke Auditorium |
|
2:30pm |
Sambung – Ceramah / Kongsian Pengalaman oleh Jurutera Belia setiap negeri / universiti |
|
3:45pm |
Minum Petang & Sesi Q&A serta ramah mesra dengan Jurutera |
|
4:00pm |
Bersurai |
https://drive.google.com/file/d/1YC-mYA_f8kFqURzgdU6HwHweM7B6t3M2/view





